MULTI LEVEL MARKETING (MLM)
Bila mula-mula terpikir topik ni, saje buat
kajian dulu tgk apa blog-blog lain yang wujud membincangkan pasal word ‘MLM’
ni. Perghhh mmg dasyat giler, bertubi-tubi
comment yang ada dan kebanyakkannya adalah menulis dalam nada yg amat negatif.
“...aku dah masuk
MLM ni, mula-mula je kata-kata manis ni ada kluar. Bila kita dah bayar je terus
senyap... ada tu siap kita kena marah-marah pulak pasal takde downline yang
kita bawak masuk...”
“....aku tengah
study lagi masa tu, sampai aku kena repeat semester tu sbb point aku tak cukup,
dah la habis duit ptptn aku kena laburkan untuk masuk mlm ni....”
“...kita ni yg
baru nak masuk bagai nak rak bekerja, diaorang yang atas tu goyang kaki je.
Cukup bulan diaorang lagi banyak duit daripada kami yang baru nak start ni...”
Sedih bila tgk
komen-komen tu dan yang pastinya semuanya adalah daripada golongan biasa yang mmg
mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan
ada tu masih belajar pun lagi.
ada tu masih belajar pun lagi.
Bagi saya MLM ini
adalah sama sahaja konsepnya dengan kedai runcit yang ada berjual di premis
kedai atau gerai-gerai mobile. Cuma
membezakannya adalah kedai runcit kita nampak kedainya, tapi MLM kedai ada tapi
tidak nampak secara fizikal ‘terapung’. Persamaannya
adalah adanya proses ‘jual & beli’ dilakukan.
Kedai runcit perlu
dibuka pintu pagar depan kedai barulah pelanggan akan tau yang kedai tersebut
telah bersedia untuk beroperasi. Ataupun
masa rutin perniagaan dah boleh diagak dari jam 8 pagi dan tutup sekitar jam 9
malam (kebanyakkan kedai).
MLM pula produk
disimpan sendiri oleh pengedar samada di dalam rumah atau bangunan lain dan
kemudiannya akan mula berjumpa dengan org (dalam bisnes ni dipanggil prospek)
untuk diperkenalkan setiap produk yang diwakilinya. Bagi trend terkini, produk ini telah
diperkenalkan dengan hanya menggunakan media sosial yang ada seperti facebook,
instagram dan sebagainya. Jadinya, ada
diantaranya yang membuka operasi bisnesnya 24 jam dan akan memberikan
maklumbalas jika ada yang bertanya.
Marketing Plan
(plan pemasaran) bagi sebuah kedai runcit adalah sebagai contoh kita mengambil
satu produk seperti minyak masak. Di
dalam pasaran terdapat macam macam jenis minyak masak yang ada. Bagi kedai runcit di kampung kebanyakkannya
akan mengambil 3 jenis (paling minima) yang mahal, sederhana dan murah. Ini akan memberikan pilihan kepada pembeli
untuk memilih dan mengikut kemampuan mereka.
Bagaimana pembeli tahu nak pilih jenis minyak masak? Mereka akan
mendapat maklumat tsbt hanya dengan mendengar atau melihat iklan-iklan di tv,
surat khabar dan radio yang dibayar oleh syarikat pengeluar minyak-minyak
tersebut.
Marketing Plan
bagi produk MLM pulak kebiasaannya mereka akan mempromosikan sendiri 1 produk
(paling minima) sahaja dan ada juga satu syarikat mempunyai produk yang
berbilang banyakknya. Bagaimana ‘bakal
pengguna’ ni nak tau bahawa produk yg dibawa oleh pengedar produk ini adalah
sesuai dan berguna untuk mereka.
Disinilah peranan pengedar untuk ‘bagi talk’ atau ‘menerangkan’ (dalam
bahasa kasar bagi yg negatif adalah – menghasut – menarik minat – menjampi) supaya
‘bakal pembeli’ ini mempercayai bahawa produk ini adalah terbaik untuk mereka
gunakan.
Jadi apa bezanya
kedai runcit dan MLM.... sama shj sebab ada ‘jual’ dan ada ‘beli’. Caranya shj yang berbeza daripada segi
fizikal kedai dan plan pemasaran yang digunakan.
Kalau sama caranya
sbb ada jual dan beli, kenapa ramai yang marah-marah dgn MLM kata penipu,
produk tak bagus dan makan duit orang???
Itu adalah atas
pengedar/upline sesuatu syarikat tersebut.
Tak semua orang yang berniaga MLM adalah berniat baik untuk membantu
sesama mereka (saya tak nafikan sbb mmg wujud) tetapi mereka lebih kepada nak
mengejar untuk memastikan setiap fokus jualan dipenuhi supaya mendapat ganjaran
lebih. Tetapi jangan disebabkan sebijik
pisang yang busuk habis setandan nak dibuangnya....
Dizaman serba
moden ni yang penuh dgn info atas talian, gunakan sebaiknya. Pastikan anda cukup maklumat berkaitan
syarikat, produk, marketing plan, jumlah pelaburan (pakej) yang akan
dikeluarkan dan yang paling penting, apa tujuan utama anda nak menyertai MLM
ni?
Kalau setakat anda
nak mengikut-ngikut org sbb nampak dia dah berjaya, anda belum tentu berjaya
(negatif dah ni). Tapi jika anda yakin
dan hendak berusaha tanpa jemu pasti anda akan mendapat pulangannya.
Apa tips supaya anda
boleh memilih syarikat mlm yang betul dan boleh dipercayai? Senang je...
1. Pastikan kedudukan syarikat adalah kukuh –
pastikan dah bertapak lebih daripada 5 tahun atau 10 tahun untuk menunjukkan
syarikat tersebut boleh pergi lebih jauh dan telah mempunyai pengguna yang
tetap.
2. Mempunyai ‘killer product’ – Produk yang
nak dijual tu diperlukan oleh bakal-bakal pembeli (research lagi) dan mempunyai
repeat sales yang tinggi. Serta pastikan
kalau produk makanan ianya perlu mendapat sijil halal (penting di Malaysia ni).
3. Marketing plan – Buat kajian dulu
pakej-pakej yang ditawarkan. Adakah
bersesuaian dengan kemampuan kita dan adakah modal yang bakal dilaburkan boleh
memberikan keuntungan semula.
4. Bonus yang ditawarkan – Adakah bonus-bonus
yang ditawarkan melalui marketing plan sediada adalah relevan dan boleh
berkekalan bagi tempoh yang panjang.
Rujuk kepada web kpdnk untuk tahu lebih lanjut....
PERINGATAN: walau sedalam mana research yang anda buat,
MLM ni adalah sebenarnya terletak di dalam hati anda. Adakah anda saja-saja join atau memang
memerlukan untuk dijadikan side income atau main income anda. Tiada rezeki akan datang bergolek kalau kita
tak membuat tempat untuk rezeki itu bergolek kepada kita. Sekian. M.R.
No comments:
Post a Comment