Saturday 16 May 2015

KENAPA PILIH MLM????





MULTI LEVEL MARKETING (MLM)

Bila mula-mula terpikir topik ni, saje buat kajian dulu tgk apa blog-blog lain yang wujud membincangkan pasal word ‘MLM’ ni.  Perghhh mmg dasyat giler, bertubi-tubi comment yang ada dan kebanyakkannya adalah menulis dalam nada yg amat negatif.

“...aku dah masuk MLM ni, mula-mula je kata-kata manis ni ada kluar. Bila kita dah bayar je terus senyap... ada tu siap kita kena marah-marah pulak pasal takde downline yang kita bawak masuk...”

“....aku tengah study lagi masa tu, sampai aku kena repeat semester tu sbb point aku tak cukup, dah la habis duit ptptn aku kena laburkan untuk masuk mlm ni....”

“...kita ni yg baru nak masuk bagai nak rak bekerja, diaorang yang atas tu goyang kaki je. Cukup bulan diaorang lagi banyak duit daripada kami yang baru nak start ni...”

Sedih bila tgk komen-komen tu dan yang pastinya semuanya adalah daripada golongan biasa yang mmg mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan
ada tu masih belajar pun lagi.  



Bagi saya MLM ini adalah sama sahaja konsepnya dengan kedai runcit yang ada berjual di premis kedai atau gerai-gerai mobile.  Cuma membezakannya adalah kedai runcit kita nampak kedainya, tapi MLM kedai ada tapi tidak nampak secara fizikal ‘terapung’.  Persamaannya adalah adanya proses ‘jual & beli’ dilakukan.

Kedai runcit perlu dibuka pintu pagar depan kedai barulah pelanggan akan tau yang kedai tersebut telah bersedia untuk beroperasi.  Ataupun masa rutin perniagaan dah boleh diagak dari jam 8 pagi dan tutup sekitar jam 9 malam (kebanyakkan kedai). 




MLM pula produk disimpan sendiri oleh pengedar samada di dalam rumah atau bangunan lain dan kemudiannya akan mula berjumpa dengan org (dalam bisnes ni dipanggil prospek) untuk diperkenalkan setiap produk yang diwakilinya.  Bagi trend terkini, produk ini telah diperkenalkan dengan hanya menggunakan media sosial yang ada seperti facebook, instagram dan sebagainya.  Jadinya, ada diantaranya yang membuka operasi bisnesnya 24 jam dan akan memberikan maklumbalas jika ada yang bertanya.

Marketing Plan (plan pemasaran) bagi sebuah kedai runcit adalah sebagai contoh kita mengambil satu produk seperti minyak masak.  Di dalam pasaran terdapat macam macam jenis minyak masak yang ada.  Bagi kedai runcit di kampung kebanyakkannya akan mengambil 3 jenis (paling minima) yang mahal, sederhana dan murah.  Ini akan memberikan pilihan kepada pembeli untuk memilih dan mengikut kemampuan mereka.  Bagaimana pembeli tahu nak pilih jenis minyak masak? Mereka akan mendapat maklumat tsbt hanya dengan mendengar atau melihat iklan-iklan di tv, surat khabar dan radio yang dibayar oleh syarikat pengeluar minyak-minyak tersebut.

Marketing Plan bagi produk MLM pulak kebiasaannya mereka akan mempromosikan sendiri 1 produk (paling minima) sahaja dan ada juga satu syarikat mempunyai produk yang berbilang banyakknya.  Bagaimana ‘bakal pengguna’ ni nak tau bahawa produk yg dibawa oleh pengedar produk ini adalah sesuai dan berguna untuk mereka.  Disinilah peranan pengedar untuk ‘bagi talk’ atau ‘menerangkan’ (dalam bahasa kasar bagi yg negatif adalah – menghasut – menarik minat – menjampi) supaya ‘bakal pembeli’ ini mempercayai bahawa produk ini adalah terbaik untuk mereka gunakan.

Jadi apa bezanya kedai runcit dan MLM.... sama shj sebab ada ‘jual’ dan ada ‘beli’.  Caranya shj yang berbeza daripada segi fizikal kedai dan plan pemasaran yang digunakan.

Kalau sama caranya sbb ada jual dan beli, kenapa ramai yang marah-marah dgn MLM kata penipu, produk tak bagus dan makan duit orang???

Itu adalah atas pengedar/upline sesuatu syarikat tersebut.  Tak semua orang yang berniaga MLM adalah berniat baik untuk membantu sesama mereka (saya tak nafikan sbb mmg wujud) tetapi mereka lebih kepada nak mengejar untuk memastikan setiap fokus jualan dipenuhi supaya mendapat ganjaran lebih.  Tetapi jangan disebabkan sebijik pisang yang busuk habis setandan nak dibuangnya....

Dizaman serba moden ni yang penuh dgn info atas talian, gunakan sebaiknya.  Pastikan anda cukup maklumat berkaitan syarikat, produk, marketing plan, jumlah pelaburan (pakej) yang akan dikeluarkan dan yang paling penting, apa tujuan utama anda nak menyertai MLM ni?

Kalau setakat anda nak mengikut-ngikut org sbb nampak dia dah berjaya, anda belum tentu berjaya (negatif dah ni).  Tapi jika anda yakin dan hendak berusaha tanpa jemu pasti anda akan mendapat pulangannya.

Apa tips supaya anda boleh memilih syarikat mlm yang betul dan boleh dipercayai? Senang je...

1.      Pastikan kedudukan syarikat adalah kukuh – pastikan dah bertapak lebih daripada 5 tahun atau 10 tahun untuk menunjukkan syarikat tersebut boleh pergi lebih jauh dan telah mempunyai pengguna yang tetap.

2.      Mempunyai ‘killer product’ – Produk yang nak dijual tu diperlukan oleh bakal-bakal pembeli (research lagi) dan mempunyai repeat sales yang tinggi.  Serta pastikan kalau produk makanan ianya perlu mendapat sijil halal (penting di Malaysia ni).

3.      Marketing plan – Buat kajian dulu pakej-pakej yang ditawarkan.  Adakah bersesuaian dengan kemampuan kita dan adakah modal yang bakal dilaburkan boleh memberikan keuntungan semula.

4.      Bonus yang ditawarkan – Adakah bonus-bonus yang ditawarkan melalui marketing plan sediada adalah relevan dan boleh berkekalan bagi tempoh yang panjang.

Rujuk kepada web kpdnk untuk tahu lebih lanjut....

PERINGATAN:  walau sedalam mana research yang anda buat, MLM ni adalah sebenarnya terletak di dalam hati anda.  Adakah anda saja-saja join atau memang memerlukan untuk dijadikan side income atau main income anda.  Tiada rezeki akan datang bergolek kalau kita tak membuat tempat untuk rezeki itu bergolek kepada kita.  Sekian. M.R.

Sekiranya anda ada pertanyaan atau ingin menyertai kami, sila comment di ruang bawah @ pm di facebook @ WhatsApp kami seperti berikut:

Facebook: Mohd Racd  |  Hp:  011-1373- 3361
Facebook: Mushi  |  Hp: 019-273-8028

Mulakan dengan "saya dah baca blog dan ingin ......."

Terima kasih

No comments:

Post a Comment